Wednesday 10 August 2011

MADRASAH RAMADHAN (IPKIM)
TIPS 1:
Masak juadah berbuka sendiri di rumah,jika ada keperluan boleh dibeli di bazar tapi tidak digalakkan.Masak atau beli juadah ikut keperluan supaya tidak membazir.Bagi yang memasak dirumah,kaedah memasak dan penggunaan bahan makanan aktif sangat digalakkan seperti gula perang,garam bukit,sayur-sayuran segar dan sebagainya.

PENERANGAN :
Pemilihan juadah yang berlebihan adalah merupakan tanda kelemahan Hipotalamus yang bakal mengakibatkan gangguan pada daya tumpuan seseorang.Hipotalamus juga merupakan bahagian otak yang mengawal nafsu makan,jadi jika juadah berbuka terlalu banyak ianya akan menganggu Hipotalamus.Disini bermula kita hilang daya fokus semasa solat maghrib,isyak dan tarawikh nanti.Tandanya semasa solat,fikiran kita akan menerawang jauh kepada perkara lain.Lebih teruk lagi jika sampai kita mengantuk atau menguap semasa dalam solat.jadi adalah wajar disarankan kepada semua muslimin dan muslimat untuk mengurangkan juadah berbuka dan adalah lebih baik memasak sendiri dirumah seringkas mungkin.Ingat,juadah yang ringan adalah asas keberkatan berbuka puasa,malah pada ketika ini elakkan membazir dengan cara proaktif iaitu dengan cara mengurangkan juadah berbuka anda.

~selamat beramal~Ramadhan Kareem~


_Garam juga bukan penyebab darah timggi....tetapi cara penyediaan makanan yang salah bolah mengakibatkan darah tinggi_

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...