Thursday 2 June 2011

TERUSKAN USAHA DALAM BERDAKWAH

Saya tahu ramai sahabat kita di luar sana ingin berdakwah, ingin melakukan kebaikkan, ingin menegur rakan-rakan mereka yang buat kesalahan. Subahanallah mulia amalan tu...berani menggalas perjuangan Nabi...Namun apakan daya kekuatan iman kita lemah, kononya malu, dipinggirkan, tidak cukup ilmu, tidak layak, dan sebagainya.

Maka kt biarkan rakan-rakan kt berkelumang dengan dosa, tidak kiralah dosa kecil atau dosa besar. Sekiranya kamu melihat sesuatu perkara itu, sedangkan kamu tahu ia satu kemungkaran dan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah sekiranya kamu tidak mencegahnya maka kamu dikira bersubahat dengan mereka. Sanggupkah kita bersama mereka di akhirat kelak.

Ya pada, hakikatnya semua kita belum cukup ilmu, tidak semulia Nabi Muhammad, tidak sehebat Omar Al-Khatob dan para sahabat baginda, namun Allah mewajibkan kita berusaha untuk menyampaikan apa yang kita faham dariNya dan sunnah rasulNya kepada manusia lain.  

Berusahalah mencari kefahaman ilmu dan menyampaikannya seperti kita mencari sesuap makanan untuk diri dan keluarga. dan sampaikanlah ilmu yg kt tahu kerana Nabi berkata sampaikanlah ia walau sepatah ayat sekali pun...

Jangan sesekali ditipu oleh Syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai ‘tidak baik', ‘tidak soleh' dan ‘belum cukup ilmu' dan seribu satu macam alasan lagi. Pastikan semua bisikan itu diharungi dengan keazaman dan usaha yang tinggi untuk memadamkannya.

Nabi juga bersabda :
الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما، ولكن ورثوا العلم، فمن أخذه أخذ بحظ وافر

Ertinya : Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham ( wang dan harta), tetapi mewariskan ilmu, seseiapa yang mengambilnya maka dia telah mendapat kebaikan yang melimpah (Riwayat Abu Daud)

Nabi juga pernah berkata di akhir khutbahnya sebelum kewafatannya :

Tidak ada harta yang paling berharga yang aku tinggalkan ummat ku melainkan dengan dua benda, iaitu al-Quran dan as-Sunnah

Jika kita ingin dianggap ‘manusia' dan bukan seperti ‘binatang ternakan' di sisi Allah. Serta ingin mendapat kedudukan istimewa umat Muhammad di akhirat kelak, peruntukanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan yang patut ditempuhi. Jangan sesekali kita lupa pula untuk melakarkan tahap-tahap bagi mencapainya, juga dugaan dan cabaran yang bakal mendatang.

SELAMAT BERJUANG SAHABAT
TERUSKAN USAHA KALIAN DISAAT KITA DIPANDANG HINA
GAlas la PERJUANGAN RASUL kita...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...