Friday 3 June 2011

ISTIQWA ADZAM

Detik Istiwa' Al-Ka'bah berlaku sebanyak dua ( 2 ) kali dalam setahun iaitu pada :

    i. 28 Mei
   ii. 16 Julai

Ini berdasarkan Firman Allah S.W.T di dalam surah
Al-Rahman ayat 17 yang membawa maksud :

" ( Dia lah ) Tuhan Yang mentadbirkan dua timur,
dan Tuhan Yang mentadbirkan dua barat ."

Detik pertama berlaku pada tanggal 28 Mei jam 5.16 petang ( waktu Malaysia ). Ketika itu matahari berada tegak di atas Ka'bah pada kedudukan zawal iaitu matahari berada tegak di tengah-tengah langit pada jam 12.16 minit tengahari waktu Makkah.

Detik yang kedua pula berlaku pada tanggal 16 Julai, jam 5.28 petang ( waktu Malaysia ). Ketika itu matahari berada tegak di atas Ka'bah pada kedudukan zawal iaitu matahari berada tegak di tengah-tengah langit pada jam 12.28 minit tengahari waktu Makkah.

Fenomena ini berlaku ketika matahari bergerak condong ke utara dan ketika matahari bergerak condong ke 
selatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...