DIRIKU MILIK ALLAH
"UKHWAH KERANA ALLAH SANGAT MANIS" "PERJUANGAN ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS"
Saturday, 21 January 2012
Tuesday, 25 October 2011
ATURAN ALLAH S.W.T
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani......
Saat aku menjejakkan kaki di bumi Shah Alam ini,
Secebis kerisauan datang menimpa dalam benak hatiku,
Ku terfikir,bagaimana aku hendak berdikari di negeri orang?
bagaimana agaknya rakan baruku?
Aku hanya mampu berdoa supaya aku dipertemukan dengan rakan-rakan yang dapat membimbing diri ini,
Alhamdulillah,Allah S.W.T telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,aku dipertemukan dengan sahabat -sahabt yang mengambil berat,yang bersatu dibawah satu akidah yang sama,dan terciptalah ukhwah yang erat,iaitu ukhwah fillah abadan abada.Setiap detik aku disini,bagai dikawal gerak-geri dan dikawal oleh nasihat sahabat-sahabat ....terima kasih Allah S.W.T.
Dalam aku bersahabat,aku makin jelas tentang mengapa aku hidup.atas bumi Allah ini,kita semua sebagai khalifahnya dan tugas utama ialah bardakwah untuk mengajak orang kepada Islam itu dan menjadikan Islam itu sebagai cara hidup baik dari sekecil perbuatan (beristinjak) kepada sebesar perkara (mentadbir negara).Seiring dengan itu,kita akan dipertanggungjawabkan dengan berbagai amanah yang amat berat .Walaupun begitu berat amanah,cuba untuk memikul dan melaksanakan amanah itu mengikut kemampuan."Kalau tak mampu buat semua,jangan tinggal semua...tetapi buatlah sedikit tetapi Istiqamah"
BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam ORGANISASI itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda SAHABAT itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan pelapis-pelapis itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
~SOLATKU,HIDUPKU DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH TAALA~
Subscribe to:
Posts (Atom)